Showing posts with label meninggal. Show all posts
Showing posts with label meninggal. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Budak Perempuan Meninggal Dunia Jatuh Di Gardens Midvalley? (5 Gambar)

Budak Perempuan Meninggal Dunia Jatuh Di Gardens Midvalley? (5 Gambar) | Admin dapat gambar di Wassap tentang berita terkini budak perempuan meninggal dunia akibat jatuh di Garden Midvalley. Berikut merupakan gambar-gambar tersebut. InsyaAllah akan update lagi...














View the original article here

Friday, 30 May 2014

Takziah, Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Selepas Makan Mee Segera

KUALA NERANG - Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah, Naka dekat sini meninggal dunia selepas makan mi segera malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff, 18, sebelum itu dikatakan makan mi segera sebelum tidur di bilik asrama bersama beberapa rakan yang lain.


Rakan mangsa, Mohamad Hisham  Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang.







(gambar sekadar hiasan)

Katanya mereka hanya mengetahui kejadian itu selepas guru mereka yang melakukan rondaan terdengar bunyi dengkuran yang kuat dan memeriksa bilik itu.


"Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih dan mi segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sementara itu Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek Junus berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana.

Mangsa berasal dari Kampung Kuala Beris, Sik menuntut di sekolah itu sejak tiga tahun lepas dalam pengajian tahfiz sejak berusia 15 tahun, katanya.


Beliau berkata Allahyarham seorang pelajar yang baik dan aktif dan sepanjang tiga tahun arwah belajar di sekolah itu beliau tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius.

Ketua Polis Padang Terap Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

sumber 
View the original article here

Friday, 9 May 2014

[5 GAMBAR] Adun Paloh YB Datuk Nazula Kemalangan, Isteri Meninggal Dunia, Al-Fatihah

>


Ipoh:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Kelantan, Datuk Paduka Norzula Mat Diah cedera manakala isterinya, Datin Paduka Maziah Din meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 24 Jalan Cameron Highland-Simpang Pulai di sini, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, kereta yang dipandu Norzula, dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.

"Beliau (Norzula) kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh serta berada dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi," katanya.













Sumber: celahgelegar

View the original article here

Thursday, 8 May 2014

Pelakon Shasya Yunisha Meninggal Dunia

Shasya Yunisha meninggal dunia pada hari Selasa (15/4). Perempuan yang pernah bermain sebagai pemeran pendukung di sinetron Rama & Ramona, Kesetiaan Cinta, dan Kasih & Amara ini meninggal dunia Selasa (15/4) pagi sekitar pukul 07.30 WIB.



Manajemen yang menaunginya, Fafa, mengumumkan kabar duka melalui akun Twitter mereka: “Innalillahiwainnailaihirojiun . Telah meninggal dunia sahabat kami Shasya Yunisha . Mohon doanya.”

Beberapa artis yang merupakan teman Shasya menumpahkan duka cita melalui akun Twitter. “Innalillahiwainailaihrahirajiun.. Bener2 gaada yang tau umur manusia ya..Baru pulang kembali kesisinya @ShasyaYunisha. Mohon doanya tmn2 :(“ tulis Sonya Fatmala, pemeran utama sinetron Kasih & Amara.

“Turut berduka atas meninggalnya sasha yunisha... Smg di brkan ketabahan dan penghiburan kpd keluarga yg di tinggalkan,” tulis pesinetron dan pemain film Marcell Domits.

Sampai tulisan ini dibuat, belum diketahui apa penyebab Shasya meninggal. Info yang kami dapat, Shasya sempat dirawat karena Demam Berdarah.

Shasya merupakan istri dari pesinetron Ferdi Ali atau Ferdinal Arnaz. Pasangan ini dikaruniai putri yang masih bayi, Fesya.

Selamat jalan Shasya. Semoga amal kebaikanmu diterima di sisiNya dan keluarga yang ditinggalkan ikhlas dan tabah dan seluruh Aamiin.

View the original article here

Saturday, 22 March 2014

Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat jika meninggal dunia

type='html'>

Fauzi Nawawi mohon maaf kepada Sharnaaz jika meninggal dunia - Pelakon Fauzi Nawawi mengakui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati yang mula berangkat ke tanah suci pada semalam.

“Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran.”

Pasangan ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah. Sengekata antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.

Bagaimanapun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.

“Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami.”

Sumber : Sensasi Malaysia

View the original article here