Showing posts with label Selalu. Show all posts
Showing posts with label Selalu. Show all posts

Monday, 31 March 2014

PENDEDAHAN MENGAPA LELAKI BANGLADESH SELALU PEGANG TANGAN SEMASA BERJALAN

type='html'>


Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.

"Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay".

Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu "Gay" bermaksud "Sangat Gembira" hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik. 

p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?


View the original article here

Wednesday, 19 March 2014

8 Foto: Selalu Berpakaian Seksi, Nabila Huda Tak Kisah Ditegur Peminat?

type='html'>
Sebut sahaja nama pelakon jelita ini, pasti anda akan teringat akan pelbagai kontroversi yang sering melanda dirinya. Namun, Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil ini dilihat tidak langsung terjejas dengan cemuhan dan kritikan yang diterima.

Isu berpakaian seksi dan terdedah bukanlah isu baru buat wanita ini, malah setiap fesyen yang dipakai pasti akan menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Baru-baru ini, sekali lagi pelakon jelita ini dikritik apabila dia memuat naik beberapa keping foto miliknya ketika menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang rakan.

Foto: Selalu Berpakaian Seksi, Nabila Huda Tak Kisah Ditegur Peminat?Gambar yang menampakkan sebahagian dada Abil mengundang kritikan peminat

Nabila Huda

Foto yang dimuat naik melalui laman sosial Instagram miliknya yang jelas mendedahkan sebahagian payudaranya itu, telah mengundang kritikan hebat daripada peminat.

Melalui foto-foto tersebut, ramai yang berpendapat bahawa pemakaian Abil itu tidak senonoh. Malah, ada juga yang menasihati Abil supaya menjaga adab-adab sebagai muslimah.

Dalam pada itu, peminatnya juga meminta supaya Abil berubah dan tampil dengan imej yang lebih sopan. Bagaimanapun, semua kritikan tersebut dibiarkan sepi dan tiada respon dari empunya diri.

Kalau nak tahu, Abil sebelum ini pernah dikritik hebat atas penampilannya yang dianggap ‘daring’ oleh peminat hingga dia bertindak menegur peminat melalui Instagram kerana berang dengan kritikan pengguna laman sosial yang menegur caranya berpakaian.

Nampaknya, Abil sendiri sudah tidak ambil pusing dengan kata-kata cemuhan dari peminat-peminatnya. Apa-apa pun jom kita lihat foto terbaru hot mama ini. Ohbulan.com

Screen Shot 2014 03 17 at 5.34.27 PM
Screen Shot 2014 03 17 at 6.14.51 PM
Screen Shot 2014 03 17 at 5.34.09 PMScreen Shot 2014 03 17 at 5.36.09 PMScreen Shot 2014 03 17 at 5.35.55 PMScreen Shot 2014 03 17 at 6.14.35 PM

View the original article here