Showing posts with label Karpal. Show all posts
Showing posts with label Karpal. Show all posts

Thursday, 8 May 2014

Respon Tuan Guru Nik Aziz Atas Kematian Karpal Singh



Respon Tuan Guru Nik Aziz Atas Kematian Karpal Singh | Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip. Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini.

Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya.

Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular.

Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini. Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda.

Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air.

Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud.

Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud. Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh.

Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali. Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

 NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Bertarikh : 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M


Sumber: sozcyili

View the original article here

Monday, 21 April 2014

Video: Karpal Singh Mati Dalam Kemalangan Ngeri

type='html'>
IPOH, 17 April (Bernama) — Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

“Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

– BERNAMA

 

View the original article here

Thursday, 3 April 2014

Karpal letak jawatan sebagai Pengerusi DAP

type='html'>
  • Karpal Singh Karpal Singh

KUALA LUMPUR - Ahli politik veteran Karpal Singh hari ini mengumumkan beliau mengundur diri sebagai pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dihadapinya.

Dalam satu kenyataan di sini, Karpal Singh berkata, timbalan pengerusi parti, Tan Kok Wai yang juga Anggota Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku pengerusi.

"Saya tidak boleh, sehinggalah sabitan diketepikan atau denda dikurangkan di bawah RM2,000, untuk terus menjadi pengerusi DAP.

ARTIKEL BERKAITAN:[ Kes hasutan: Karpal Singh diputus bersalah ]

"Dalam keadaan ini, saya dengan ini mengumumkan, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telahpun difailkan, pengunduran diri saya sebagai pengerusi DAP," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu.

Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, kerana mempersoal keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009. - Bernama


View the original article here