Showing posts with label Jumpa. Show all posts
Showing posts with label Jumpa. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

Jumpa Bayi Dalam kotak air mineral

bachok: Bayi lelaki masih hidup ditemui ditinggalkan dalam kotak air mineral di depan rumah kedai di Kampung Gajah Mati, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui oleh pemilik kedai runcit itu pada 5.15 pagi.


Katanya, lelaki itu menyedari bayi itu diletakkan di hadapan kedainya selepas dimaklumkan isterinya yang terdengar bunyi tangisan di luar kedai.

"Mereka berdua kemudian menemui kotak air mineral yang berisi bayi berkenaan bersama beberapa helai lampin pakai buang dan puting susu.

"Pasangan suami isteri itu mengambil bayi yang masih menangis itu dan memberinya susu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Tawang, 7 pagi ini," katanya.-myMetro Online
View the original article here

Wednesday, 26 March 2014

Tok Arab Jumpa Makhluk Asing. Serius Msti Tonton!!!

type='html'>



Kisah seorang Tok Arab ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dia guna..
Terlalu takut Tok Arab tersebut...

Saksikan




View the original article here

Thursday, 13 March 2014

Terkini MH370: 2 Foto nelayan Jumpa rakit getah di Selat Melaka

type='html'>
Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.
"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.SUMBER

View the original article here

Tuesday, 4 March 2014

‘Perang Dingin’…Jep Sepahtu ENGGAN Jumpa Sharol Shiro

ADUHAI, tak tahulah apa masalah sebenar Sharol Shiro dan Jep Sepahtu sehingga berlakunya ‘perang dingin’ antara mereka.

Khabarnya, persahabatan yang terbina sejak ujibakat Raja Lawak musim ketiga itu mula berantakan sejak kedua-duanya menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) tahun lalu sehingga Jep enggan berjumpa Sharol.
“Sebenarnya isu saya dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar besarkan oleh sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.

“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu.

“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari situlah tercetus isu perang dingin. Segelintir peminat turut terpengaruh. Apa pun saya taknak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” ujar Sharol memetik Harian Metro.

“Buat masa ini Jep memang enggan jumpa saya, tapi saya akan tetap berusaha untuk bertemunya. Di pihak saya memang bersedia kalau ada salah. Bayangkan saya kenal dia sejak uji bakat RL3 dan sayangkan hubungan ini.

“Kami sama-sama cuba nasib tapi saya gagal. Apabila Sepah bertanding, saya adalah penyokong kuat mereka. Jadi saya memang mengharapkan segala-galanya pulih seperti sediakala dan berharap Jep positif untuk menyelesaikan perbalahan ini,” tambahnya lagi.

Aduh, sudah-sudahlah bergaduh tu. Industri kita ini bukan besar mana pun kalau hendak bermasam muka.

Toleh-toleh, muka yang sama juga yang dilihat nanti…
View the original article here