Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Friday, 4 July 2014

Pasaraya Di China Jual Barangan Yang Mungkin Buat Anda Rasa Ngeri




China.... adalah salah sebuah negara dengan makanan yang berbeza-beza dan kadang-kadang melampau. Namun mungkin gambar-gambar ini membuat anda tahu mengapa ada banyak makanan esktrim di sana.

Gambar-gambar ini di ambil dari salah satu pasar raya Walmart di China. Di bahagian jualan daging keldai, mereka menemui daging rubah.

Tidak hanya itu. Ada banyak barang jualan yang mengerikan di sana. Misalnya saja daging buaya beku yang masih berbentuk buaya. Tapi tentunya dalam bentuk yang kecil.

Ada juga ular panggang dan potongan daging reptilia yang dibungkus dalam bungkusan. Beberapa tradisi di dunia memang mengakui bahawa bahan makanan dari reptilia atau binatang ekstrim memang boleh memberi stamina dan khasiat tertentu pada tubuh.















Sumber

Tuesday, 10 June 2014

Pengemis Wanita Paling Ganas Hanya Di China


















Rasanya takde lagi pengemis macam ni kat malaysia..memang ganas betul cara dia mengemis, sampai naik atas kereta orang.... - Dairishare


























View the original article here

Saturday, 31 May 2014

Projek Pinjam Panda China RM25 JUTA Tidak Membazir - Menteri

KUALA LUMPUR - Penerimaan pasangan Panda Gergasi yang dipinjamkan China sebagai tanda simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China bukan pembaziran, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata melalui projek ini Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi haiwan itu termasuk proses pembiakannya.

"Kepakaran tempatan juga dapat dibangunkan dan dilatih dalam aktiviti konservasi ini."



"Pengalaman serta kepakaran ini boleh digunakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai usaha konservasi spesies-spesies tempatan lain seperti harimau, seladang, tapir, Orang Utan dan beruang matahari," katanya kepada Bernama dalam soal jawab melalui e-mail di sini hari ini.


Kenyataan itu sebagai membidas dakwaan pembangkang kononnya program itu yang dianggar menelan kos RM25 juta, satu pembaziran dan tidak berbaloi. 

Palanivel berkata projek itu juga akan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar serta biodiversiti.

Pada 15 Jun 2012, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meminjam dua Panda Gergasi dari republik itu selama 10 tahun sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini.

Malahan, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 selain merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara.


Panda Gergasi dikenali dengan nama Feng Yi (Phoenix) dan Fu Wa (Lucky), itu, yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003, adalah antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008.

Bagaimanapun Palanivel berkata penghantaran panda yang pada mulanya dijadual pada 16 April, terpaksa ditunda ekoran tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370pada 8 Mac lalu.

"Sehingga kini belum ada tarikh spesifik ditentukan oleh kedua-dua negara. Namun begitu kita bersedia pada bila-bila masa untuk menerima pasangan Panda Gergasi tersebut," katanya.

Dalam pada itu Palanivel menjelaskan bahawa Malaysia telah melakukan persiapan rapi bagi menyambut kehadiran pasangan panda itu seperti menyediakan Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi serta sebuah tempat pertunjukan khas.


"Tempat pertunjukan panda itu dibina mengikut kesesuaian habitat haiwan berkenaan. Pemeriksaan teknikal telah dijalankan oleh pasukan pakar CWCA ke atas tempat Panda Gergasi di Zoo Negara dari 3 hingga 6 Jan lalu," katanya. 

Sementara itu, menjawab soal kemungkinan penghantaran itu dibatalkan, Palanivel berkata beliau menaruh keyakinan yang tinggi projek itu akan diteruskan dan tiada sebarang ruang untuk pembatalan setakat ini. - Bernama

View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Penyiksaan Atlet Sukan Kanak-Kanak Di China
















Sukan adalah perniagaan yang serius di Sekolah Shichahai, ada lebih dari 300 sekolah elit, yang menimbulkan kontroversi, yang dibiayai kerajaan dan dikhaskan untuk latihan generasi seterusnya dari atlet China ", tulis Telegraph dalam laporan yang diterbitkan sebelum Sukan Olimpik Beijing.

Latihan untuk sukan bermula pada usia sangat awal di China. Sebahagian besar dibina di usia enam tahun dan dihantar ke sekolah sukan khusus bersama-sama dengan ribuan kanak-kanak lain yang menunjukkan bakat.

Majoriti tidak lulus pemilihan, tetapi bagi mereka yang lulus, mereka mendapat tekanan yang mendedah untuk menang. Sekitar 600 kanak-kanak usia antara 6 dan 18 tahun, dari seluruh China, sepenuh masa berlatih di Sekolah Sukan Shichahai.

Enam hari seminggu, mereka belajar di pagi hari dan berlatih selama empat jam di sorehari. Ibu bapa dibenarkan untuk melihat anak-anak mereka hanya pada hujung minggu, tetapi di bilik yang berasingan, para orang tua ini membawa harapan anaknya akan menuai kemenangan dan kemewahan sebagai juara Sukan Olimpik.Orang tua dari atlet yang miskin dijanjikan akan diberikan sebuah rumah di kampung halaman mereka oleh agensi sukan tempatan. Yang lain hanya ingin pendidikan yang layak bagi anak-anak mereka.

Shichahai telah memainkan peranan utama dalam menghasilkan atlet top untuk negara yang banyak memenangi pingat emas di Sukan Olimpik.

Tetapi untuk semua kejayaannya, sekolah, dan sistem pendidikannya, telah dituduhterlalu keras dalam mendedahkan dan mendidik para calon atlet muda mereka, dan bahkan menyalahgunakan kanak-kanak.









Thursday, 3 April 2014

MH370!! BIADAB. 6 GAMBAR WARGA CHINA HINA MALAYSIA

type='html'>
Umum tahu, di dalam pesawat MH370 majoritinya warganegara China. Tetapi, harus diingatkan insiden MH370 ini bukan disengajanya dan Kerajaan Malaysia termasuk beberapa buah negara termasuk negara China berusaha mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi.
Namun, segelintir golongan ultra kurang cerdik warganegara China bertindak menghina Malaysia. Lihat gambar-gambar di bawah:





Apakah mereka terlupa dengan fakta ini? Sejarah China Airlines telah membuktikan penerbangan syarikat pengangkutan udara negara itu juga pernah ditimpa tragedi yang mengorbankan banyak nyawa warganegara dari Taiwan, Hong Kong, Perancis, Swiss, Amerika, Singapura, Indonesia dan ramai lagi dari beberapa negara lain. Dan ini termasuklah dengan pasangan ibu bapa, kanak-kanak dan bayi sepertimana yang berada di dalam pesawat MH370.
Senarai Tragedi Kapal Terbang Komersial China:
  1. China Airlines Flight 140: 264 penumpang terkoban. 
  2. China Airlines Flight 676: 203 penumpang terkorban. 
  3. China Airlines Flight 611: 225 penumpang terkorban. 
  4. Air China Flight 129: 129 penumpang terkorban. 
  5. China Eastern Airlines Flight 5210: 53 penumpang terkorban. 
  6. China Northern Airlines Flight 6136: 112 penumpang terkorban. 
  7. China Southern Airlines Flight 3943: 141 penumpang terkorban.

Apa lagi China mau bising? 
Mujurlah masyarakat kita bukan seperti mereka yang sembrono menuduh Kerajaan Malaysia sebagai pembunuh. Kalau ada, itu golongan pentaksub atau keyboard warrior.


View the original article here

Thursday, 13 March 2014

MH370: Pesawat TUDM menuju ke arah tiga objek yang dikesan satelit China - CNN

type='html'>KUALA LUMPUR: Kerajaan menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu, lapor CNN.

Laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.

Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut laporan CNN itu, objek-objek  terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter. Astro Awani

View the original article here