Showing posts with label Amzah. Show all posts
Showing posts with label Amzah. Show all posts

Saturday, 14 June 2014

Gambar Shila Amzah terbaring di Sofa yang amat mengancam

Gambar Shila Amzah terbaring di Sofa yang amat mengancam - Penyanyi tempatan yang sangat popular di China, Shila Amzah sememangnya seorang artis yang jelitawan dan lincah orangnya.

Tidak pernah putus asa walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk dicemuh peminat sendiri, Shila kini menjadi kegilaan ramai jejaka tampan di luar sana.

Bukan sahaja memiliki suara lunak dan amat mendayu malah turut dikaruniakan bentuk badan yang langsing dan cantik. Raut wajahnya yang serba bujur dan bentuk mata yang seakan melirik menjadi antara daya tarikan yang sangat memukau.

Terbaru, selebriti berusia 23 tahun ini telah berkongsi sekeping gambar di laman Instagram peribadinya sedang terbaring di sofa yang kelihatan amat mengancam. Jom layan gambar itu di bawah dan pasti korang akan terpikat.








View the original article here

Monday, 26 May 2014

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah - Sejak hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain Nazim Othman.

Bagaimanapun, ramai mengetahui penyanyi berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan.

Menariknya, kesemua gambar itu dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?












View the original article here


View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan - Dalam kesibukan Shila Amzah memenuhi banyak undangan menyanyi di China, bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu rupanya telah mempunyai seorang adik angkat yang comel di sana.

Sekeping foto wajah sebenar adik angkatnya telah dikongsikan Shila di laman Instagram untuk tatapan peminat dengan disertakan caption berbunyi "Me and my mini shila for a new show in china :) ??????????? #onlyinchina #shilalas." Jom tengok di bawah kalau korang berminat.










View the original article here


View the original article here

Tuesday, 29 April 2014

ND Lala membiarkan Shila Amzah pakai skirt pendek dan bertudung?

type='html'>ND Lala mengaku salah biar Shila Amzah pakai skirt pendek - Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, ND Lala tampil kepada media hari ini untuk mengaku salah membiarkan anaknya memakai skirt pendek dalam keadaan bertudung ketika mengadakan satu konsert nyanyian di China beberapa minggu lalu.

Menurut ND Lala yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Love Shila Amzah In Malaysia di Menara KL, beliau memberitahu kekangan masa dan kostum terhad menjadi punca kenapa bekas kekasih Sharnaaz itu terpaksa mengenakan skirt pendek dan legging berwarna kulit.

“Sebenarnya ketika Shila telah diminta oleh lima buat stesen televisyen di sana secara tiba-tiba untuk membuat rakaman dan ia diadakan pukul 1 pagi tanpa kehadiran penonton.

“Memandangkan kekangan waktu untuk pulang ke hotel dan kembali ke studio rakaman dalam tempoh dua jam, saya tidak fikir semua krew yang terlibat boleh menunggu untuk memulakan rakaman itu pada pukul 3 atau 4 pagi.

“Jadi, Shila terpaksa pakai apa yang ada dan ia seperti warna kulit. Sebagai bapa, saya ada di sana dan letak kesalahan itu kepada saya.”


Jelas ND Lala lagi, adalah tidak adil untuk terus menghukum Shila kerana dia hanya dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Setiap manusia memang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan.

“Mesej dari saya biarlah Shila dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Cuma sebagai bapa, saya sentiasa berharap agar Shila akan sentiasa memperbaiki kehidupan dari hari ke hari.”
 

View the original article here