Showing posts with label Abdul. Show all posts
Showing posts with label Abdul. Show all posts

Friday, 11 April 2014

APA!!! 1,000 helai tudung dalam almari? Isteri Fizo Omar Mawar Abdul Karim Tidak Ulang Pakai Tudung

type='html'>

APA!!!1,000 helai tudung dalam almari? Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu. Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya! Haaa..... 

Tetapi itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang baru-baru ini.

Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan, Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??

"Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa jenama tersebut selain menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.

"Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya. Betul tak?," katanya.  

Bagaimanapun kata Mawar, kesemua tudung yang telah digayakan itu tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.

Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan, Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.

Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.

"Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi daripada tema berkenaan.

"Rekaan ini bukan sahaja untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada pelanggan mulai minggu hadapan," jelasnya.


View the original article here

Wednesday, 19 March 2014

3 Foto: Biodata Kapten Nadira Ramli, Kekasih Fariq Abdul Hamid

type='html'>

KOTA BARU: Fariq Abdul Hamid yang merupakan pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, merancang untuk berkahwin dengan kapten nadira ramli seorang jurterabang AirAsia.
Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan anak perempuan kepada seorang juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau kini bersama dengan ibu Fariq di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur.
Akhbar Daily Express dan beberapa portal berita mendakwa bahawa kapten nadira ramli diberi cuti sebulan bagi membolehkan beliau mengharungi kesedihannya di atas kehilangan teman lelaki yang berusia 27 tahun bersama dengan 11 anak kapal lain dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.
Kedua-dua mereka pernah belajar di sekolah juruterbang di Langkawi dan telah mengenali antara satu sama lain selama sembilan tahun.


Akhbar itu menambah bahawa kapten nadira ramli merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis yang berada di Penampang, Sabah.

Akhbar harian itu memetik seorang saudara di Kota Kinabalu sebagai berkata bahawa Nadira begitu tenang, yang dilihat memberi kekuatan kepada ibu Fariq ketika ini.

Nancy dan suaminya dilaporkan kecewa dengan akhbar dan media sosial yang mencetuskan “pelbagai cerita” mengenai pesawat MH370 yang hilang.

Akhbar Harian itu berkata, Fariq, yang merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, berhasrat untuk berkahwin Nadira tidak lama lagi.
Akhbar tempatan di sini cuba untuk menemubual bapa saudara Fariq, Aziz Daud, 47, di rumahnya di Bunut Susu, Pasir Mas, pada Ahad tetapi ditolak secara baik.

Beliau telah dinasihatkan oleh MAS dan Kementerian yang berkaitan untuk tidak bercakap kepada media, kata Aziz.

Bagaimanapun, sepupu Fariq yang enggan namanya disiarkan, berkata juruterbang itu tidak pernah bersekolah di Kelantan kerana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.

Kapten Nadira Ramli (Air Asia). Gambar & Biodata Kekasih Co Pilot MH370 MAS : kapten Nadira Ramli bukanlah gadis yang asing dalam hidup Fariq Abdul Hamid (KLIK SINI). Kapten Nadira Ramli adalah kekasih Fariq Abdul Hamid Co-pilot MH370 MAS.

Pastinya gadis adalah antara individu yang terkesan dek kerana berita tragedi seperti yang berlaku terhadap kapal terbang Mh370 MAS Malaysia Airlines. Oleh sebab itulah mengambil kira tekanan dan dugaan hebat yang perlu dihadapi oleh Kapten Nadira Ramli, AirAsia telah memberi cuti sebulan kepadanya untuk tujuan menenangkan diri.


Biodata Kapten Nadira Ramli

  • Nama Penuh : Nadira Binti Ramli
  • Umur : 26 tahun
  • Hubungan dengan Fariq Abdul Hamid (27 tahun) Co Pilot MH370 MAS : Kekasih
  • Anak ke berapa : anak bongsu
  • Jawatan :
  • Ayah Kapten Nadira Ramli : Juruterbang kanan MAS Malaysia Airlines
  • Sejarah perkenalan Kapten Nadira Ramli & Fariq Abdul Hamid : Berkenalan sejak semasa belajar di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi Kedah sehingga sekarang selama 9 tahun
  • Perkembangan terkini Kapten Nadira Ramli : Berada disisi ibu Fariq Abdul Hamid di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur
  • Karakter : Kenalan rapat menyifatkan Nadira Sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya.
  • Majlis perkahwinan Kapten Nadira Ramli & Fariq Abdul Hamid : Sebenarnya, mereka telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Sumber Berita Semasa / Mstar /Majalahreviews

View the original article here

MESSAGE Terakhir Fariq Abdul Hamid Sebelum Pesawat Hilang...

type='html'>
SEPANG - Komunikasi terakhir daripada kokpit penerbangan MH370 dilakukan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, sebelum pesawat ke Beijing itu hilang pada awal pagi 8 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media harian berkenaan perkembangan terkini pencarian MH370 hari ini, berkata berdasarkan siasatan awal, Fariq yang menghantar mesej radio terakhir "all right, good night" pada 1.19 pagi sebelum pesawat hilang daripada imbasan radar.

Beliau berkata nada suara Fariq juga tidak menunjukkan tanda-tanda stres ketika mengucapkan "all right, good night". (baiklah, selamat malam)

Ahmad Jauhari mengulangi transmisi terakhir Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) diterima pada 1.07 pagi.

"Bagaimanapun kami tidak tahu bila ACARS dimatikan selepas itu," katanya.

Beliau berkata syarikat itu mempertimbangkan untuk memperkasa ujian rutin aspek psikologi, psikometrik dan psikomotor juruterbang selain memperketat syarat pengambilan baharu.

Beliau berkata syarikat kini dalam 'code tango', iaitu kod dalaman yang bermakna kod keselamatan yang dipertingkatkan, dan syarikat meneliti semua kemungkinan petunjuk atau kelemahan.

Ahmad Jauhari turut menolak spekulasi bahawa juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah ditukar pada saat-saat akhir untuk menerbangkan MH370 pada 8 Mac.

"Beliau memang dijadualkan (untuk MH370)," katanya.

Mengenai kargo, Ahmad Jauhari berkata selain bagasi, pesawat turut membawa antara tiga dan empat tan buah manggis.

Beliau juga berkata tiada bukti penumpang penerbangan MH370 membuat panggilan telefon atau menghantar mesej teks selepas pesawat itu hilang.

"Kami masih menyiasat. Ada sejuta rekod yang perlu kami proses. Ini masih dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Ahmad Jauhari. - Bernama

View the original article here

Thursday, 13 March 2014

Biodata Fariq Abdul Hamid co-pilot pesawat MH370

type='html'>

Biodata Fariq Abdul Hamid co-pilot pesawat MH370 - Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu terus menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Sudah memasuki hari kelima misi mencari dan menyelamat namun masih tiada petunjuk yang konkrit ditemui.

Apa yang menyedihkan hati penulis ialah penyebaran beberapa keping gambar pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, sedang bermesra dengan seorang wanita bernama Jonti Roos di dalam Kokpit Kapal Terbang.

Persoalan penulis, apa agaknya motif individu yang tergamak menyebarkan gambar-gambar terbabit kepada umum sedangkan orang ramai ketika ini sedang bersedih dengan kehilangan pesawatMH370? Tak ada perasaan sensitif langsung kot !!

Apapun, penulis sertakan sedikit biodata Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MH370. Beliau masih muda tetapi sudah bergelar co-pilot, memang hebat.

Nama Penuh: Fariq Abdul Hamid
Umur: 27 Tahun
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Pegawai Pembantu Juruterbang MH370
Tahun Berkhidmat: 2007
Pengalaman: 2,763 jam penerbangan
Syarikat Bekerja: Malaysian Airlines System (MAS)

View the original article here