Setiap saat kita bertarung dengan diri kita kerana berkehendakkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Pertarungan ini dinamakan sebagai “mujahidun li nafsi” (melawan hawa nafsu). Kadang-kadang kita tertewas, kadang-kadang juga menang. Pertarungan ini tidak akan selesai selagi nyawa dikandung badan.
Terdapat dua sahaja kecenderungan anak adam, sama ada ke arah yang baik atau buruk. Tiada sesiapa pun yang inginkan keburukan! Malah sedaya upaya unutk mencapai kebaikan dengan sanggup bersusah-payah berhempas-pulas menyempurnakannya demi pencapaian yang terbaik dari semasa ke semasa.
Allah berfirman dalam surah asy-Syams :
“Demi diri manusia dan penyempurnaan ciptaanya[7]. Maka Dia (Allah) mengilhamkannya (diri manusia) jalan kejahatan dan ketaqwaan[8]. Sungguh beruntung sesiapa yang menyucikan jiwanya (kerana memilih ketaqwaan)[10], dan sungguh rugi orang yang mengotorinya (dengan memilih kejahatan)[11].”
Kenali musuh-musuh sebenar.
Dalam peperangan, jika pihak lawan tidak mengenali musuh secara terperinci, bermakna, kebarangkalian untuk menang sangat tipis. Maka, dikerah dan ditugaskan para pengintip untuk menyeludup serta merisik kawasan musuh, dibongkarnya stratergi dan gerak-geri musuh. Dengan segala maklumat tersebut, maka persediaan pihak lawan dapat dilipat gandakan: rancangan diperhebatkan, stratergi dikemas kinikan dan segala peralatan kelengkapan disediakan sebanyak yang boleh demi sebuah kemenangan.
Begitu juga dengan pertempuran diri ini! Siapakah musuh sebenar yang selama-lamanya tidak akan wujudnya perdamaian? Musuh-musuh ini tidak dapat lihat dengan kaca mata kita, namun, sesungguhnya! Tidak kelihatannya itu menjadikan ia musuh paling bahaya dan licik pernah kita temui. Nah, kenalilah mereka!
1. Syaitan (ketuanya Iblis).
Iblis tidak akan henti-henti menggelincirkan anak Adam (manusia) daripada hidayah petunjuk Allah subhanahu wa taa’la. Sombong takburnya Iblis memandang rendah kepada manusia lantas berani melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Adam, lalu jatuh hinalah ia termasuk ke dalam golongan yang kufur sesat, dan neraka Jahannam sudah ditempah awal-awal tempat ia kembali.
“aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus[16]“ surah al-A’raaf
“aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya[39]“ surah al-Hijr
Itulah janji Iblis kepada Allah.
Kerja ia hanyalah menghasut manusia dengan pelbagai cara, sehinggakan ada yang mengikutinya sebagai askar-askarnya dalam kerja menyesatkan manusia.
Para pengikutnya ini dinamakan syaitan. Tatkala kita bermujahadah menentang syaitan ini, di samping itu, mohonlah perlindungan daripada Allah pagi dan petang [surah an-Naas] :
Katakanlah: “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia[1].
Yang Menguasai sekalian manusia[2],Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia[3],
dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam[4],
yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia[6] dari kalangan jin dan manusia[7].”
Yang Menguasai sekalian manusia[2],Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia[3],
dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam[4],
yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia[6] dari kalangan jin dan manusia[7].”
Oh. Ternyata askar-askar Iblis yang dinamakan syaitan ini terdiri daripada jin dan manusia. Ya, MANUSIA tergolong juga. Oleh itu, AWAS! Berhati-hatilah, bahawa manusia yang berjiwa syaitan juga turut melakukan kerja Iblis seperti ia janjikan.
2. Nafsu.
Syaitan adalah makhluk Allah yang secara peribadinya mendatangi manusia untuk menghasut dan menyesatkan.
Cuba kita amati elok-elok. Manusia ini bukanlah terdiri hanya batang tubuh jasadnya sahaja. Sesungguhnya, dalam dirinya itu terdapat nafsu di mana ia merupakan keinginan-keinginan kepada apa-apa sahaja.
Keinginan-keinginan itu, alQuran menamakannya syahwat, cuma cakap-cakap kita dan kamus bahasa kita yang menterjemahkannya sebagai nafsu.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَتِ مِنَ النِّسَآءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَـطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ
وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأنْعَمِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَـعُ الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَاللهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَأَبِ
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diiginkan, berupa perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)[14].” surah ali Imran
Nafsu jikalau tidak dijinakkan, diri akan jadi payah untuk melawan dan kemenangan barangkali sangat jauh untuk kecapi. Nafsu ada tiga jenis :
(1) Amarah : jiwa yang tunduk kepada nafsu dan hasutan syaitan.
(2) Lawwamah : jiwa yang tertewas, jatuh terikut nafsu yang tercela itu akibat kelalaian dan cuai menurut perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.
(3) Mutmainnah : jiwa yang tenang akibat nafsu yang telah dijinakkan.
(2) Lawwamah : jiwa yang tertewas, jatuh terikut nafsu yang tercela itu akibat kelalaian dan cuai menurut perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.
(3) Mutmainnah : jiwa yang tenang akibat nafsu yang telah dijinakkan.
Nafsu mutmainnah tanda kita yang mengawal nafsu. jika nafsu itu ingin ‘mengamuk’, lalu dengan mudah sahaja untuk menenangkannya kembali. Ini yang perlu dicapai oleh setiap individu!
Kesimpulannya, kenali dua musuh ini adalah penting! Wajib tahu! Ingatlah, barangkali musuh dalam kalangan kita (manusia) boleh dijauhi selama-lamanya. Namun, syaitan dan nafsu, akan sentiasa bersama-sama kita sehingga akhir hayat. Dua keadaan sahaja, sama ada menjadi musuh selama-lamanya dengan tidak jemu bertarung dengannya;ATAU meyambut baik ajakan dan tunduk kepadanya.
No comments:
Post a Comment