Sunday, 25 January 2015

CIRI - CIRI YANG HARUS ADA PADA SEORANG SUAMI IMPIAN DAMBAAN SETIAP ISTERI

Aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani besama dengan pasangan.   



Justeru, itu, apakah ciri seorang suami yang tauladan, seorang suami mithali. Dan diketahui Rasulullah itulah contoh ikutan suami tauladan kerana sabdanya: 
"Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".   



A. Suami Teladan ialah: 


- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya. 


- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangiisterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun. 


- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya,berbincan g-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya. 


- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya. 


- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.   



Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu: 


1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhikeperluan zahir dan batin. 
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif. 
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli 
keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup 
4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya 




B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri 


1. Penuh kerinduan dan kasih sayang 
2. Mencintai 
3. Gagah dan berakhlak mulia 
4. Kaya dan bijaksana 
5. Memberikan cahaya kehidupan 
6. Menegakkan kebenaran 
7. Mulia di sisi Allah 




C. Ciri-ciri Suami Teladan 


- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah 
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintahAllah 
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahanisterinya. 


1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah: 


a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan. 
b. Mendirikan rumahtangga semata- mata kerana Allah SWT 
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik- baiknya 
d. Menjaga hati dan perasaan isteri 
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri 
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan 
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri. 
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka 
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin 
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan 
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa 
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya 
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka 
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama. 


2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu: 


a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai. 
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan. 
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa 
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara- perkara haram dan syubhat 
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah 
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih- lebihan ketika bersolek 
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai- nilai keperibadian muslim 
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga 
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam 
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan 
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.   


  

D. Suami yang penuh sentuhan kasih   

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri : 


1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri 
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari 
wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. 
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi 揵oss? Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya. 


2. Memberi pujian terhadap isteri 
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. 

No comments:

Post a Comment