Tidak semestinya produk yang anda beli mampu membantu mengurangkan masalah penuaan pada kulit anda. Dek kerana terlalu percaya sesuatu produk, anda terlupa bahawa makanan yang anda ambil sebenarnya boleh dijadikan 'zat' untuk kulit sihat.



MANGGA
Kaya dengan vitamin A dan C yang berfungsi mencerah dan menghasilkan sel kulit menjadi lebih lembut dan muda.

TIP!
1 biji mangga (dikupas dan dihiris)
1 putih telur
Kisar kedua-dua bahan. Apabila sudah sebati, sapukan pada wajah menggunakan hujung jari sehingga ke leher. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air bersih. Akhiri dengan losen wajah.


TOMATO
Tinggi dengan kandungan lycopene, buah tomato merupakan penghalang sinar UV secara semulajadi.

TIP!
Tampal hirisan tomato pada wajah. Anda juga boleh hancurkan tomato dan dijadikan topeng wajah sebelum tidur.


TIMUN
Mulakan setiap hari anda dengan mengambil jus timun. Kandungan warna hijau pada timun membantu melembapkan kulit.

TIP!
1 cawan nenas
1/2 timun
1/2 hijau epal
Kisar kesemua bahan dan diamalkan sebagai minuman setiap hari membantu membuang toksin kotor yang menjadi punca kulit tampak lesu.


STRAWBERI
Sumber vitamin C paling berkesan dalam mencerahkan kulit adalah buah strawberi. Bukan saja kaya potasium, folat dan serat, tetapi juga antioksida.

TIP!
Hancurkan tiga biji buah strawberi dan sapu pada wajah selama 10 minit. Kemudian bersih menggunakan air bersih.


LIMAU GEDANG
Pendedahan kepada unsur-unsur pencemaran seperti matahari atau asap rokok boleh mematikan kulit anda. Pengambilan buah oren yang kaya antioksida ini membantu mempertahankan kulit anda.

TIP!
Rasanya yang pahit memang kurang digemari untuk dibuat jus. Tetapi boleh dibuat sebagai salad yang dicampur dengan hirisan buah-buah lain.

sumber: SD Keluarga