Jika diberi pilihan antara Merpati sejoli dan CatDog sejoli, yang manakah anda dan pasangan anda inginkan?
Tetapi, jangan tersalah sangka pula.
Tips ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan remaja-remaja di luar sana untuk bercouple..ini adalah perkongsian untuk mereka yang sudah memunyai ikatan yang sah..
1. Kenali Pasangan Anda
Ini boleh dikatakan bapak kepada segala basic bagi mereka yang ingin menjaga hati pasangan masing-masing. Anda perlu selidik dan mengenal pasti (klu boleh buat research/thesis) pasangan anda tentang perkara-perkara yang dia suka dan tidak suka. Yang paling penting, anda perlu tahu menggunakan kelebihan dan kelemahan pasangan anda itu sebagai panduan kepada diri anda untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.
2. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain
Ini pun merupakan salah satu penyumbang kepada masalah perang dingin atau perang mulut yg sering berlaku antara pasangan. Disebabkan kedua-dua belah pihak kekurangan nilai-nilai murni inilah yg menyebabkan perkara-perkara seperti “awak2, saya rse, kita berdua ni x serasi lah!” atau “oppa, kita break up jer lah!”.
Tentu anda semua x mahu perkara seperti itu berlaku terhadap diri anda setelah banyak masa dan duit telah dilaburkan kpd pasangan anda.
So, kita perlu lah sekali sekala mengalah dengan pasangan kita. Perselisihan faham merupakan perkara biasa yg akan sering kita tempuhi sepanjang kita bergelar sbg manusia.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, apatah lagi pasangan kekasih yg tidak ada kena mengena. Salah seorang perlu memujuk atau meminta maaf jika terdapat sebarang perselisihan faham.
Tapi, jgn plak sampai di’cop’ sbg King di control atau Queen control kerana ia tidak baik untuk kesihatan….he3
3. Sentiasa Perihatin Terhadap Pasangan
Salah satu aspek yg penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan. Jika anda ingin mengasihi dan dikasihi pasangan anda, rajin-rajinkan lah diri anda untuk mengambil berat terhadap pasangan anda.
Biasa la kan, kita sbg manusia mempunyai hati dan perasaan yg memerlukan belaian dan perhatian dari org lain especially org yg istimewa buat kita. Kebiasaannya, perkara yg kita perlu prihatin terhadap pasangan kita ialah kesihatan, makan & minum, perasaan serta apa yg difikirkan oleh mereka.
Walaupun ia kelihatan seperti tidak bermakna, tetapi ia penting supaya pasangan kita tahu bahawa kita prihatin dan mengambil berat terhadap mereka.
4. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Tidak Menyenangkan
Semasa berborak, saya nasihatkan supaya anda mengelakkan topik-topik yg bleh menyinggung perasaan pasangan anda seperti perkara-perkara yg bleh membuat mereka rasa malu atau segan terutamanya di hadapan rakan-rakan atau khalayak ramai.
Tentu anda pun tahu bahawa ‘maruah’ merupakan satu perkara yang penting bagi setiap individu. So, kita perlu lah menjaga maruah kita sendiri serta maruah pasangan kita.
Tentu kita tidak mahu perspektif org lain terhadap pasangan kita terlalu ‘low profile’ atau perkara yg buruk. Saya yakin tentu anda semua ingin org lain terutamanya rakan-rakan anda beranggapan bahawa anda memiliki pasangan yg perfect.
So, banyakkan memuji pasangan anda serta berborak mengenai topik yg lebih mengembirakan.
No comments:
Post a Comment