Monday 3 November 2014

Remaja 14 Tahun Hilang ‘Mahkota’ Dalam Tandas


Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai ‘mahkotanya’ selepas
dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam 
tandas awam di pusat bandar ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, 
pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali 
pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan
lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.

Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi 
ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.Tembelang gadis
terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis polis sehingga remaja lelaki 
terbabit ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki 
terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka
bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah.

No comments:

Post a Comment