Wednesday, 17 September 2014

Wow! Cunnyer Anak Mr. Bean ni...







 Rowan Atkinson, pelakon komedi dikenali melalui peranan lucunya sebagai Mr Bean. Ternyata, Mr Bean sudah mempunyai anak perempuan yang sudah beranjak remaja dan cantik jelita. Tidak seperti ayahnya, Lily Atkinson mewarisi wajah  ibunya, Sunetra Sastry.

 Lily mula menarik perhatian media selepas dirinya mendampingi ayahnya dalam tayangan perdana Johny English Reborn di London, 2011 lalu. Saat itu, Lily yang baru berusia 16 tahun dan tampil menawan dengan mengenakan kasut boots dan baju pendek.

 Rupanya Lily mengikuti jejak ayahnya di dunia seni . Pada 2004, dia tampil dalam filem keluarga berjudul Tooth. Tiga tahun berselang, Lily ikut berlakon bersama Rowan Atkinson di filem Mr Bean 's Holiday. Sejak saat itu, Lily sudah mula jarang terlibat dalam pembuatan filem. Dia kembali muncul di hadapan awam dalam acara Goodward Festival pada Jun lalu bersama sahabatnya, Lord Settrington.
  

Rowan Atkinson (59 tahun) mempunyai dua orang anak dari isterinya Sastry. Selain Lily, mereka juga mempunyai anak lelaki bernama Benjamin yang kini berusia 20 tahun. Atkinson dan Sastry berkahwin pada 1990 dan berpisah pada Februari lalu.

No comments:

Post a Comment