Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya berkerjaya sebagai arkitek, bertindak melakukan perkara itu kerana amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Mohd Hilmi berkata, sebagai seorang Islam, secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
“Kami kesal dan berasa sedih apabila melihat kekejaman ini dan seluruh umat Islam perlu membantah sekeras-kerasnya mengeji tindakan Israel,” katanya.
Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes memijak bendera Israel namun, selayaknya Israel mendapat penghinaan.
“Selayaknya mereka dihina dan tidak sepatutnya menzalimi orang ternyata tidak bersalah,” katanya.
Pada majlis persandingan kira-kira jam 2 petang semalam, kedua-dua pasangan mempelai itu berarak memasuki halaman kediaman di Kampung Umbai sebelum memijak dan membakar bendera Israel.
Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman itu untuk dipijak hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis.
Tindakan memijak bendera sebagai simbolik menjelaskan Israel hanya layak diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan rasa marah terhadap kekejaman rejim terbabit. Sinarharian
No comments:
Post a Comment