LONDON : Polis semalam
cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan
sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi
berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej
dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang
malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran
kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan
kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk
termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan
lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya
patah.Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut
mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang
lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung
kejadian itu.Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis
sementara menunggu siasatan lanjut.Satu kumpulan menulis dalam Facebook:
“Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di
Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”
Seorang
wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu
menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan
upacara khas untuknya malam ini.”Bayi itu yang namanya tidak disiarkan,
berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.
Bagaimanapun,
malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas
dipindahkan ke sebuah hospital di London.Polis turut menghantar pakar
forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata,
seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan
bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.Mereka disifatkan sebagai
peramah.Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang
bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.
No comments:
Post a Comment