Wednesday, 9 July 2014

Tradisi kuno awet mayat dengan asap di Papua New Guinea

 
Satu suku di Papua New Guinea mempunyai tradisi kuno yang boleh dianggap mengerikan. Mereka mengasapi mayat terlebih dulu sebelum diletakkan begitu saja di tebing yang curam.

Hal itu membuat orang ramai boleh menyaksikan deretan mayat dengan tubuh kemerahan  yang tergantung di tebing. Walaupun seram namun sebenarnya tradisi ini merupakan bentuk penghormatan tertinggi yang dilakukan oleh suku Angga terhadap orang yang sudah mati. Suku Angga sudah melakukan amalan ini selama beratus-ratus tahun di dataran tinggi Morobe.

Prosesnya dilakukan dengan begitu teliti. Pertama, lutut, siku dan kaki mayat dikelar serta lemak di tubuh mayat kering. Selepas itu buluh yang dilubangi ditusukkan ke perut mayat untuk mengalirkan darah keluar.

Nantinya darah itu disapu ke rambut dan kulit dari keluarga si mati. Suku Angga meyakini ritual ini akan memindahkan kuasa yang meninggal pada kerabat yang masih hidup. Manakala sisa cecair yang keluar dari tubuh mayat disimpan sebagai minyak masak.

Selanjutnya mata, mulut, dan dubur mayat dijahit agar udara tidak masuk ke tubuh mayat sehingga tidak terjadi kerosakan. Sementara itu telapak kaki, lidah, dan telapak tangan mayat dipotong untuk disajikan kepada pasangan yang hidup. Lalu sisa lain dibuang ke lubang api untuk diasapi.

Selepas diasapi, tubuh mumia disalut lagi dengan tanah liat dan tanah liat merah kemudian dipamerkan di dinding tebing. Guna tanah liat itu sebagai kepompong alami yang dapat melindungi tubuh mayat dari kerosakan. Mumia yang ada di Morobe tercatat berusia 200 tahun dan ada yang berasal dari era Perang Dunia II.

Proses mumifikasi ini sudah tidak ditemui lagi.  Masyarakat sekarang melakukan pengebumian secara agama Kristian. Papua New Guinea sendiri juga melarangnya pada 1975 selepas merdeka. Namun ada beberapa suku di kampung-kampung terpencil yang masih melakukan ritual ini.

No comments:

Post a Comment