Wednesday, 23 July 2014
#MH17: Diplomasi Rahsia Najib Dan Ketua Pemberontak
Seperti yang kita semua maklum, mereka telah berusaha di sebalik tabir bagi mewujudkan hubungan dengan mereka yang mengawal lokasi nahas.
Malam tadi, Najib sendiri telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku.
Mereka berdua akhirnya telah mencapai persetujuan.
Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada para wakil dari Netherlands.
Kereta api itu akan bertolak petang ini mengikut waktu Ukraine, dan akan diiringi enam anggota pasukan pengumpul bahan bukti dari Malaysia. Mayat-mayat itu kemudian akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.
Kedua, pada kira-kira 9 malam ini waktu Ukraine, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.
Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.
Menurut Najib, adakalanya beliau berasa mahu menyuarakan dengan lantang kemarahan dan kepiluan yang dirasai rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, kadang kala, kita perlu bekerja secara senyap untuk mendapat hasil yang lebih baik.
Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) menyifatkan Najib telah menggunakan “diplomasi rahsia” dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan tersebut.
Kata pengarangnya, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan “yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia.”
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri cukup membanggakan.
Ini kerana beliau telah berfikir ‘di luar kotak’ atau di luar kaedah biasa yang digunakan pemimpin dunia bila berhadapan dengan krisis seperti ini.
Inilah kualiti kepimpinan kelas pertama yang ada pada beliau.
Kalau dilihat, semenjak akhir-akhir ini, Najib telah diduga dan diuji dengan pelbagai masalah dan ujian yang cukup berat.
Namun Najib tak pernah melatah, beliau seperti biasa, tetap tenang walaupun adakalanya airmatanya mengalir terutama ketika menemui waris mangsa baik MH370 mahupun MH17.
Tetapi disebalik ketenangannya itu, beliau telah bertindak lebih dahsyat dari seekor harimau yang luka.
Sebagai contoh sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa MH17, Najib tidak tidur hampir dua hari berturut-turut.
Beliau menghubungi pakar-pakar keselamatan dan penerbangan, pemimpin-pemimpin dunia, rakan sejawatnya dari seantero benua demi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dikeluarkan segera dari lokasi nahas dan kotak hitam pesawat MAS itu dapat diambil dari tangan pemberontak.
Antara pemimpin dunia yang telah dihubungi Perdana Menteri ialah Presiden Ukraine (Petro Poroshenko), Presiden Rusia (Vladimir Putin), Setiausaha Agung PBB (Ban Ki Moon), Presiden Amerika (Barrack Obama), Perdana Menteri Britain (David Cameron) Perdana Menteri Belanda (Mark Rutte), Perdana Menteri Australia (Tony Abbott), Presiden Indonesia (SBY), Perdana Menteri New Zeland (John Key), Perdana Menteri Singapura (Hsein Loong) dan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Bahrain.
Hari ini segala penat lelah dan usaha beliau telah mendatangkan hasil yang cukup membanggakan.
Sebab itu bukan mudah untuk menjadi pemimpin, ia tidak semudah memberi kata-kata manis dan pidato yang berapi-api.
Jawatan pemimpin juga satu bentuk ujian Allah.
Ketahuilah, tidak ada musibah yang Allah timpakan kepada hambaNya, melainkan ia sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya itu.
Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah, bahkan semakin besar musibah yang Allah berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah kepada hamba tersebut.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka, maka barangsiapa redha, maka baginya keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari Allah” (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Apa yang pasti, tindakan dan perancangan Najib dalam isu ini sesuatu yang cukup membanggakan.
Najib bukan sekadar seorang bos, tetapi juga seorang pemimpin yang hebat.
Bak kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt;
”People ask the difference between a leader and a boss. The leader leads, and the boss drives.”
Syabas Datuk Seri!
Sumber: Mynewshub.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment