JJuliana Evans bekas buah hati Zizan Razak yang sebelum ni belajar di universiti di Michigan dan kini sedang mengikuti kursus dalam bidang perfileman di NYFA pula.
Terkini melalui Instagram Juliana (yang telah diprivasikan), dia sempat memuatnaik beberapa gambar terbarunya dengan imej bertudung yang sangat manis sekali.
Namun begitu, Juliana bertudung hanyalah kerana tawaran filem pendek daripada pengarah daripada Syria yang juga menuntut disitu. Filem pendek bertajuk "Freedom To Discriminate" menampilkan Jue sebagai wanita Islam dengan penampilan sopan bertudung.
Akibat memuatnaik gambar bertudung itu, ramai pula peminat mengkritik tindakan Juliana yang pandangan mereka hanya mengikut suruhan manusia tetapi tidak Allah.
“Excited to be playing my character today as a Muslim-American woman for one of NYFA Filmmakers project -Freedom of Discrimination”
Antara komen yang diberikan peminat;
"Pengarah suruh pkai tudung bleh plak pkai tp klau ALLAH suruh pakai tudung tutup aurat x nak ikut plak nmpak sgt hati itam alasannya xmau pkai x mai seru lg kah..kahh.."
"Jgn kerana wang, baru nak pakai tudung.. Lepas tu dah habis shutting, bukak semula semua... Ini permainkan hukum agama namanya.. Moga allah beri taufiq dan hidayah pada kita semua~ aamiin"
Wahh...memang agak pedas komen peminat kepada Juliana Evans tu. Pasti hati beliau terluka melihat komen-komen sebegini. Apapun kepada peminat, sabarlah....mungkin belum sampai seru lagi untuk Juliana bertudung seperti artis2 lain skg nih...
No comments:
Post a Comment