Monday, 7 July 2014

Gereja 127 Tahun Diubah Suai Menjadi Masjid



MINNIESOTA - Gereja St. John di sini yang ditutup pada 2013 kerana jumlah jemaahnya yang kurang, kini dibuka semula sebagai sebuah masjid dan pusat kebudayaan Islam.

Dikenali dengan nama, Darul Ulum Islamic Center, bangunan asalnya yang berusia 127 tahun itu kini kembali meriah, lebih-lebih lagi dengan kedatangan Ramadan.

"Oleh kerana terdapat banyak warga Afika Timur di daerah ini yang rata-ratanya beragama Islam, jadi kami memberi ruang gereja ini sebagai tempat mereka beribadat dan mencari ilmu pengetahuan," kata jurucakap gereja itu, Feisal M. Elmi.

Gereja itu memang mengalami penurunan jemaah, iaitu dari 1,400 kepada hanya 152 keluarga atau 400 jemaah sahaja.

Sebaliknya, perkembangan Islam menyebabkan gereja Katolik di Syracause, New York itu di ubah suai menjadi masjid.

Keputusan untuk megubah status geraja berkenaan dilaksanakan selepas mendapat kebenaran Dewan Perlindungan Sejarah Syracause kerana ia didirikan ketika zaman penjajahan Jerman.

Sukarelawan North Side Learning Center iaitu sebuah organisasi Islam, Yusuf Soule berkata, pihaknyanya berniat mengubah gereja yang "sudah tidak terpakai" sebagai tempat umat Islam beribadat.

Soule juga sudah meminta izin untuk menurunkan salib di dalam gereja kerana ia bukan simbol yang tepat untuk melambangkan agama Islam.

No comments:

Post a Comment