'DATO' SITI NURHALIZA' SOKONG ISRAEL, KECAM PALESTINE?
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengecam tindakan individu yang mewujudkan satu laman Facebook palsu atas namanya dan memuatkan status mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.
Bercakap kepada mStar online, Siti, 35, berkata, dia tidak menghalalkan tindakan individu yang menyamar dengan mempergunakan nama dan gambarnya bagi kepentingan tertentu.
"Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.
"Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini," tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu (semalam).
Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.
Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.
"Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli... Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut," antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.
Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.
Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.
Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut.
No comments:
Post a Comment