Thursday, 3 July 2014

AWAS! Jangan Biarkan Anak Masuk Tandas Sendirian - Ikuti Kisah Benar Ini




Semenjak kes kehilangan kanak-kanak dan ditemui mayatnya tanpa kepala mesti kita semua sudah terdetik untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti apa yang berlaku kepada pasangan dan anaknya itu kepada anak kita.

Walaubagaimanapun adakalanya kita leka dalam keadaan tertentu yang mana kita hanyalah manusia biasa dan tidak terlepas dari kecuian.

Di sini terdapat status dari FB Page Cantik.BeautifulNara (Sumber asal tidak diketahui) yang mana boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita ambil iktibar betapa pentingnya pengawasan anak-anak dan mengelakkan anak kita hilang dari pandangan


Smlm ptg aku pi giant kat tepi sg muo tu...anak2 aku nak pi toilet tgkt 1..pastu ada sorang bangla pon ikut masuk..tgk anak2 aku atas bawah..then dia berselisih ngan cina sambil mata masing2 tengok sesama sendiri 2 3 kali. Pastu..aku terus rasa tak sedap hati suruh laki aku ikut sekali masuk toilet.

Aku tunggu kat luar tepi lift..then cina tu pon tunggu sekali..aku igtkan dia ada tunggu anak ke wife ke..sebab 2 3 kaki gak cina tu tengok2 kat toilet. Dah lebih 3 4 minit..bangla tu keluar sambil cina tu bg arahan ke tepi toilet..memasing senyap tapi tak kata apa2..pastu anak2 n laki aku kuar..aku tanya bangla tu buat apa. Laki aku kata..dia takda buat apa selain basuh muka pastu berdiri kat situ diam2 sambil tgk anak aku yg 1st tu ngan laki aku banyak2 kali ke atas bawah. Seb baik laki aku ada..

pastu dia terus kuar..laki aku heran apa bangla tu nak. Yang pelik..bangla n cina tu laki aku kata terus ke tepi toilet tu ikut tangga kecemasan. Hurm..aku mmg rasa tak sedap hati sebab laki aku kata pelik sebab cina tu jengah2 kat dlm toilet sambil tgk bangla tu mcm bagi isyarat mata tanpa bercakap. So aku assume diaorg mcm sindiket nak rompak budak2..or culik. .or benda yg tak baik sebab kenapa turun guna tangga kecemasan n masuk toilet takda buat apa2. So korang be careful..jangan biarkan anak2 pi toilet sorang2..kita tak tahu apa yg boleh berlaku..sebab skrg ni byk kes budak hilang n organ kena jual...hati2 ye nakkk

Berdasarkan apa yang ditulis anak itu amat bernasib baik kerana si ibunya amat peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling.

Bayangkan sekiranya dia membiarkan anaknya itu memasuki tandas bersendirian maka tidak tahulah apa nasib anaknya itu... Wallahualam..

Sumber


No comments:

Post a Comment