Monday 7 July 2014

65 Trilion GB Data dalam Tubuh Manusia

data dalam tubuh manusia Data dalam Tubuh Manusia 65 Trilion GB Data dalam Tubuh Manusia data dalam tubuh manusia
Berapakah jumlah keseluruhan data dalam tubuh manusia? Pastinya bukan satu soalan mudah untuk dijawab.
Sebagai gambaran, untuk maklumat kod gen manusia, yang sangat kompleks dalam setiap sel manusia, bersamaan dengan 1.5 GB. Seluruh tubuh manusia mempunyai kira-kira 40 trilion sel tubuh. Maka jika dikira seluruhnya tubuh manusia mempunyai maklumat atau data setara dengan 60 Zettabyte atau 65 trilion GB.
Jumlah keseluruhan angka itu sama dengan anggaran jumlah maklumat digital dunia pada 2020 akan datang. Ertinya, jumlah maklumat digital di dunia sama dengan jumlah maklumat pada satu manusia.
Ini bermakna, untuk mengolah maklumat manusia yang diperlukan untuk salinan, tempat simpanannya memerlukan space yang cukup besar.
Uniknya, hampir seluruh maklumat genetik manusia, 99.9 peratus, terdapat pada setiap orang yang ada di bumi. Sedangkan perbezaan antara satu orang dengan yang lain, hanya kurang dari 1 MB infromasi.
Maklumat ini diperolehi dari channel video Veritasium iaitu merupakan channel khusus untuk sains dan pendidikan yang dicipta oleh Derek Muller, seorang hos televisyen. Dalam menyampaikan informasai, channel ini menyediakan wawancara dengan para pakar contohnya pemenang Hadiah Nobel Fizik 2011, Brian Schmidt.
Setakat ini, channel video itu telah memuat naik 185 kandungan video dan lebih dari 1.5 juta pengguna YouTube melanggan channel tersebut.

No comments:

Post a Comment