Amerika Syarikat –Satu rancangan realiti disifatkan sebagai melampau apabila ia bakal merakamkan wanita melahirkan anak dalam hutan, tanpa bantuan doktor dan tiada tempat berteduh langsung.
Rancangan itu diumumkan oleh Lifetime yang akan menyaksikan wanita melahirkan anak dengan hanya dikelilingi oleh hutan belantara.
Menurut penerbitnya Eli Lehrer, hanya ibu yang pernah bersalin sahaja dibenarkan menyertainya manakala kehadiran kru televisyen di situ adalah bagi meningkatkan keselamatan wanita terbabit.
“Kita akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu dan bayi selamat,’’ katanya.
Rancangan realiti ini hasil cetusan satu video yang dimuat naik dalam Youtube oleh seorang pemegang akaun Youtube dikenali sebagai Birthinnature , di mana seorang wanita melahirkan anak di hutan belantara.
Video itu berjaya mencatatkan kira-kira 20 juta penonton.
Pengkritik bagaimanapun bimbang rancangan realiti itu akan mewujudkan trend bahaya yang boleh membahayakan ibu dan bayi.
View the original article here
No comments:
Post a Comment