Wednesday, 18 June 2014

Masalah Sosial Remaja Semakin Teruk.. Salah Siapa?

SEJAK mutakhir ini krisis akhlak dan sosial dalam kalangan remaja kita semakin parah.

Menurut statistik, kes jenayah turut melibatkan kes juvana tahun 1955 sebanyak 1,895. Dari jumlah itu sebanyak 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes, rogol 70 kes (3.70%), samun 58 kes (3.06%) dan lain-lainnya.


budak sekolah gaduh

Pengaruh media massa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes rogol. Remaja yang terpengaruh akan mencuba atau melakukan apa yang dilihat dan ditonton di layar internet, video dan sebagainya.

Selain itu, kurang pendidikan agama dan moral menjadi salah satu faktornya. Pendidikan agama dan moral sepatutnya diajar sejak kecil lagi.

Di samping itu pihak ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak mereka di rumah dengan akhlak yang baik seperti membaca al-Quran, melatih berpuasa dan seumpamanya.

Kurangnya pendidikan agama dan moral menyebabkan berlaku jenayah, termasuk jenayah rogol yang mengancam kehormatan dan hak wanita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan minum khamar pula jika dia dalam keadaan beriman.” (Riwayat Bukhari).

Dalam riwayat lainnya: “Iman itu laksana pakaian yang ALLAH kenakan kepada hamba-Nya. Apabila seorang penzina, maka lepaslah pakaian tersebut. Bila dia bertaubat, maka dikembalikan lagi pakaiannya.” (Riwayat Baihaqi).

Pada dua hadis di atas, Rasulullah SAW telah menafikan maksiat boleh menyatu dengan keimanan.

Jadi tidak mungkin seseorang mengaku beriman jika pada saat yang sama dia melakukan hal-hal yang dilaknati ALLAH. Jika seorang mukmin melakukan maksiat, bererti ketika itu dia sedang mengalami krisis keimanan yang parah dan luar biasa.

Kesan atau implikasi kes-kes rogol semakin meningkat telah menyebabkan kemerosotan ekonomi.

Kes rogol yang bertambah dari semasa ke semasa menunjukkan suasana negara yang tidak stabil dan tenteram dan keselamatan wanita tidak dapat dijamin.

Dengan itu, nama negara akan terjejas dan mendatangkan pelbagai masalah terhadap negara dan rakyatnya.

Contohnya, ekonomi negara merosot bila mana sektor pelancongan negara merosot oleh sebab suasana negara tidak tenteram dan aman serta disebabkan masalah sosial yang semakin meningkat.

Pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang.

Kes rogol yang menunjukkan peningkatan membuktikan bahawa perogol-perogol telah mengabaikan kuasa undang-undang. Undang-undang yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan agar perogol-perogol mematuhi undang-undang tersebut dan tidak melakukan kesalahan yang sama semula.

Sebagai contoh, hukuman penjara dan sebat perlulah ditukar kepada hukuman mati.

Hukuman berat ini patut dijatuhkan kepada perogol yang mengulangi kesalahan sama.

Kempen kesedaran dan kaunseling mestilah diadakan bagi kedua-duanya iaitu perogol dan mangsa agar perogol ini menyedari serta mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan dan bagi mangsa-mangsa pula tidak perlu merendah diri ataupun membunuh diri.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk menangani kes rogol.

Kes ini berlaku kerana pengaruh media massa dan kurangnya pendidikan agama dan moral, jadi pihak kerajaan mestilah bekerjasama dengan pihak berkaitan dan agensi-agensinya untuk menangkap dan menghukum perogol-perogol terlibat.

Bagi pihak pendidikan pula, mereka hendaklah memberi pengajaran di peringkat rumah tangga hinggalah sampai ke sekolah agar mereka tidak melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Dengan itu keselamatan maruah wanita dan kehormatannya dapat dikawal dan dijamin serta tidak menjejaskan nama negara di mata dunia, apa lagi di mata Tuhan.

View the original article here

No comments:

Post a Comment