salam semua info ini saya dapat dari seorang rakan facebook saya yang tampan dan macho bergaya.
beliau baru sahaja berkahwin dan kemudian di rezekikan Allah bunting pelamin. alhamdulillah. jadi sebagai pengantin baru, sudah tentu cincin emas 916 perkahwinan mereka masih tersemat di jari.
Pada ketika mengandung lebih kurang 6 bulan ... (perempuan mengandung ni kan mengembang semuanya, termasuklah jari jemari yang halus mulus tu,) nak di jadikan ceritera, jari yang mengembang itu telah menyebabkan cincin emas yang di pakai di jari telah menjadi terlalu ketat sehingga menyukarkan pengaliran darah.
jadi setelah ikhtiar mereka untuk membuka cincin emas di jari itu secara pusing pusing, tarik tarik tidak berjaya. maka mereka bercadang mendapatkan bantuan itu dari yang lebih arif yakni pihak bomba.
berikut adalah antara gambar mereka mendapatkan bantuan di balai bomba dan penyelamat jalan hang tuah.
Setelah tidak mampu untuk di buka sendiri, akhirnya mereka pun meminta bantuan pihak bomba.
Kesungguhan pihak bomba membuka cincin emas di jari yang telah kembang.
Alhamdulillah cincin emas telah selamat dibuka menggunakan peralatan khas oleh pihak bomba.
Setinggi-tinggi penghargaan ke atas pihak bomba dan penyelamat jalan hang tuah yang telah membantu atas usaha mengeluarkan cincin ini. Alhamdulillah.
View the original article here
No comments:
Post a Comment