Pengarah filem tempatan, Syafq Yusof hari ini meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap dakwaan negatif beberapa pihak yang dilemparkan terhadap filem arahannya Abang Long Fadil di laman Twitter.
“Budak sekolah bergaduh salahkan filem, dah kena 18PL pun salahkan filem. So, bergaduh kat sekolah ni tak wujud ke sebelum wujudnya filem?” tulisnya.
“Apa kata, semua keburukan negara kita ni, kita salahkan filem. Kan senang lepaskan tengkuk semua orang. Biar industri filem jadi punching bag!”
Membanding bezakan filem tempatan dengan filem Hollywood, masyarakat Malaysia dilihat lebih menerima adegan lucah/ganas/dewasa/carut filem barat itu tanpa mempersoalkan 4 elemen terbabit yang dilihatnya lebih berpotensi merosakkan akhlak golongan muda.
“Filem Hollywood lagi teruk dengan lucah, tiada adab dan mencarut bagai boleh lepas tayang. ‘Oh,takpe itu budaya mereka’ yang tengok siapa? Melayu juga!” bentaknya lagi.
p/s: melayu, ditegur marah. tak ditegur menjadi². View the original article here
No comments:
Post a Comment