Friday, 27 June 2014
Dah Tua-Tua Perangai Tak Senonoh
Tak tau la apa nak jadi dengan orang dewasa sekarang ni, perangai masing-masing mengalahkan budak tadika. Sepatutnya yang dewasa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak muda. Tapi yang ini tidak...
Satu video yang sempat di rakam oleh seorang penumpang sebuah bas menunjukkan, seorang wanita dalam umur 30 an sedang berdiri untuk membetulkan sesuatu. Tiba-tiba naik seorang pakcik tua terus duduk di tempat wanita itu berdiri.
Apa lagi tak puas hati la wanita tu...berlakulah pergaduhan berebut kerusi dalam bas tu. Tolak-menolak tepis-menepis, orang ramai cuba meleraikan tapi tak dilayan.
Kerana tidak mahu mengalah wanita itu sanggup duduk diatas pangkuan pakcik tua yang rembat kerusinya. Hmmm...tetap tak mahu mengalah macam budak-budak. Yang pakcik tu pun satu kurang ajar, dah tau tempat tu ada orang jangan lah duduk.
View the original article here
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment