Sunday, 15 June 2014

Apabila hubungan halal Nabil dan Zira di Paris dikecam peminat

type='html'>Apabila hubungan halal Nabil dan Zira di Paris dikecam peminat - Adakah trend dunia hiburan dewasa ini sudah semakin pelik dan berubah? Ini kerana kalau pasangan yang belum berkahwin cuba berkongsi gambar-gambar bercium pipi atau beraksi mesra di laman Instagram, ia tidak pula dikritik hebat peminat.

Apa yang lebih menjadi sasaran mereka ialah aksi bercium atau hubungan terlalu rapat pasangan artis yang sudah berkahwin. Sebelum ini pasangan yang pernah mendapat kecaman peminat ialah Che Ta dan Zain Saidin serta Diana Amir dan Mohd Habib Bullah.

Motif di sebalik kecaman yang dilontarkan di laman sosial tidak pula diketahui namun ia mungkin ada kaitan dengan perasaan cemburu atau membenci.

Terbaru, pasangan Nabil dan Zira turut menjadi bahan kritikan peminat di laman Instagram gara-gara pelawak dan pelakon itu berkongsi sekeping gambarnya mencium pipi isteri tercinta ketika bercuti di Paris, Perancis beberapa minggu lalu.


Ia membuatkan Nabil terkejut dan berasa pelik dengan pemikiran sempit segelintir peminat. Beliau yang ditemui di majlis sidang media program terbaru Astro Warna berjudul Cakap Melayulah! semalam memberitahu bahawa sudah menjadi haknya untuk mencium pipi isteri kerana mereka sudah berkahwin.

"Sebenarnya saya rasa pelik sikit. Sorry to say, tapi saya tengok banyak artis-artis yang belum kahwin pergi bercuti berdua, orang buat relaks je.

Ni suami isteri kot. Saya punya pasallah nak bercium. Sebab isteri saya, bukan isteri orang lain. Saya tak tau yang komen tu ada masalah apa.

Saya cuma nak share benda yang seronok masa kat Paris. Lagipun cium pipi je. Kalau cium mulut, lainlah. Masa saya nikah hari tu pun ada jugak cium pipi, diorang tak nak komen ke?

Saya nampak cara yang positif ialah dengan menggalakkan artis-artis lain supaya cepat berkahwin. So takdelah orang pertikaikan kemesraan kita suami isteri."



View the original article here

No comments:

Post a Comment