Wednesday, 28 May 2014

Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim

Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim - Mungkin tidak ramai wanita bergelar isteri di luar sana yang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi penipuan apabila tanpa sebarang pengetahuan suami berkahwin secara senyap-senyap dengan wanita lain.

Namun itulah liku-liku hidup yang terpaksa dilalui Dayana Lokman, isteri pertama Ashraf Muslim. Penulis akui Dayana memang isteri yang terbaik dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan di luar dugaan.

Baru-baru ini, wanita bergelar doktor itu telah memuatnaik satu status terbaru di laman Instagram miliknya yang kedengaran sayu meminta peminat agar mendoakan dia dan madunya, Wan Sakinah boleh menjadi isteri-isteri yang solehah dan kekal bersatu.

Status Dayana itu membayangkan bahawa perkongsian hidup dengan Wan Sakinah semakin bahagia dari hari ke hari. Malah kehadiran bayi kecil bernama Sarah Ashraf yang baru berusia kira-kira dua bulan mengeratkan lagi hubungan dua wanita ini.

"Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin."





 

 


View the original article here

No comments:

Post a Comment