Monday 3 March 2014

Peminat dakwa Sara Ali semakin seksi dan sombong

type='html'> type='html'>

Peminat dakwa Sara Ali semakin seksi dan sombong - Bergelar anak seni di Malaysia memang amat sukar kerana perlu berdepan dengan sikap masyarakat di sekeliling yang terlalu sensitif dan mudah memandang serong.

Tidak seperti di industri Hollywood dan Bollywood, kebanyakkan peminat di Malaysia mudah melemparkan kritikan dan tomahan terhadap seseorang artis itu jika tampil dengan pakaian menjolok mata dan seksi, atau bersikap sombong kepada media.

Situasi sama kini sedang dilalui seorang pelakon comel, Sara Ali. Beliau dikatakan peminat tampil semakin kencang dan seksi malah mula bersikap sombong dengan peminat dan wartawan.

Kata salah seorang wartawan di Harian Metro dikenali Sha, dia memberitahu ada terdengar keluhan beberapa kenalannya berkenaan sikap Sara yang tidak mesra media dan sering bersikap sinikal ketika menjawab pertanyaan media.

Menurut Sha, pencapaian Sara Ali belum ada yang boleh dibanggakan setakat ini namun berasa pelik bagaimana pelakon itu tidak belajar untuk membina hubungan baik dengan pihak media.

"Sikap itu secara tidak langsung mewujudkan jurang antaranya dengan media. Walhal dalam industri hiburan, artis dan wartawan saling membantu dan memerlukan. Kata mereka, Sara patut belajar daripada mereka yang terlebih dulu menempa nama."

"Bakat saja tidak cukup, perlu ada hubungan baik sesama rakan artis, media dan peminat. Itu antara rahsia kejayaan mereka. Lihat Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi artis gred A, mereka pandai bawa diri dan ada hubungan baik dengan orang sekeliling. Banyak kebaikan jika kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk."

View the original article here


View the original article here

No comments:

Post a Comment