Thursday, 13 March 2014

MH370: Foto - Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan

type='html'>SHAH ALAM - Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370.

Parodi 'tikar terbang' yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam turut memuat turun gambar tiga jururawat hospital swasta sedang duduk di atas tikar dan berpura-pura 'berlepas' ke udara untuk memperkasakan lagi usaha mencari pesawat MH370.

"Harap-harap tidak ada pesakit yang akan bertambah sakit," memetik kenyataannya dari laman Twitter rasminya kira-kira jam 10 malam.

Terbaru, Ibrahim Mat Zim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi "Zam-Zam Alakazam" seperti filem Laksamana Do Re Mi itu.

Selain menyifatkan ia perbuatan syirik, memalukan negara, mereka juga meminta pihak berkuasa agama supaya segera bertindak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga semalam menggesa pihak Jakim mengambil tindakan ke atas Raja Bomoh ini yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati.

Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini gempar menerima kehadiran Bomoh VIP yang mendakwa dirinya mampu 'menyeru' pesawat terbabit.

Beliau yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat. Sinar harian

View the original article here

No comments:

Post a Comment