Sunday 2 March 2014

Keluarga mangsa failkan tuduhan membunuh terhadap Yingluck

type='html'> type='html'>
Keluarga mangsa failkan tuduhan membunuh terhadap Yingluck
BANGKOK: Keluarga kepada dua orang awam yang terbunuh dalam protes anti kerajaan di jambatan Phan Fah, memfailkan tuduhan membunuh terhadap perdana menteri Thailand, Yingluck Sinawatra.

Tuduhan turut difailkan terhadap lima lagi pegawai kanan kerajaan termasuk Pengarah Pusat Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman , CMPO, Chalerm Yubamrung.

Empat pegawai lain Ketua Polis Negara, Adul Saeng-Sing-Kaew, Ketua Jabatan Penyiasatan Khas, DSI, Tarit Pengdith, Komander Polis wilayah 2, Leftenan Jeneral Kawee Supanant dan Ketua Polis Chonburi,  Mejar Jeneral Khatcha Thatsat.

2 anggota polis dan 4 orang awam maut dalam insiden 18 Februari itu.

Leftenan Jeneral Kawee Supanant merupakan komander yang bertanggungjawab bagi mengawal protes itu.

Sementara Mejar Jeneral Khatcha Thatsat adalah Timbalan Komander dalam operasi tersebut.

Caj difailkan di mahkamah jenayah oleh Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik, PDRC,  peguam rakyat,  Chaiway Sitthisooksakul , yang bertindak bagi pihak Jongjit Saeda , isteri Sattha Saedan dan Umaporn Angthong , ibu Jeerapong Chuichai.

Sattha dan Jeerapong maut selepas ditembak lelaki bersenjata  semasa pertempuran berlangsung.

Mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mengadakan perbicaraan untuk menentukan kesahihan kes memandangkan ia bukan difaikan polis penyiasat.

Menurut peguam Chaiway, PDRC sedang dalam usaha mengumpulkan bukti dari 60 keluarga penunjuk perasaan yang cedera mahupun terkorban dalam siri keganasan itu bagi memfaikan saman terhadap Yingluck dan para pegawainya.

View the original article here


View the original article here

No comments:

Post a Comment