type='html'>MUNGKIN ada peminat yang akan bersedih jika kami katakan penyanyi Hafiz Suip sudah pun mempunyai teman istimewa.
Mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang gadis, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas dasar privasi.
Jelasnya kepada portal hiburan GUA, gadis tersebut masih lagi seorang pelajar dan dia tidak mahu pendedahan mengenai hubungan mereka akan mengganggu temannya itu.
“Buat masa ini kami belum ada apa-apa lagi dan saya meletakkan segalanya kepada jodoh.Kami juga mempunyai komitmen masing-masing. Mudah-mudahan hubungan kami sentiasa mendapat restu keluarga. Saya meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum berumur 30 tahun, namun buat masa ini saya belum bersedia untuk ke arah itu,” katanya.
Tak mengapalah Hafiz, sekurang-kurangnya Hafiz jujur dalam memberitahu hubungannya dengan gadis itu berbanding dengan artis yang bermati-matian mengatakan mereka masih ‘single’, walhal sudah berpunya…tak gitu?
No comments:
Post a Comment