Tuesday 4 March 2014

Foto: Pengacara 999, Hazlin Hussain Kini Berhijab

type='html'>
Bagi peminat program 999, nama Hazlin Hussain sudah pasti lekat di ingatan mereka.
Selain mengacarakan program kepolisan tersebut, Hazlin juga merupakan salah seorang pembaca berita TV3.
Bagi yang mengikuti perkembangan Hazlin di media sosial, pasti maklum bahawa baru-baru ini Hazlin menempuh pengalaman menyedihkan iaitu kehilangan sahabat baiknya yang meninggal dunia.
Pastilah, arwah seorang yang sangat memberi makna dalam hidup Hazlin kerana selepas pemergiannya Hazlin dilihat membuat satu perubahan ke arah kebaikan iaitu sudah mula berhijab.
Perubahan ini dikongsikan menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram Hazlin,  dua hari lalu.
Ramai yang memuji transisi positif Hazlin ini termasuk rakan sekerja dan para peminatnya.
Bagaimanapun, dalam salah satu komen Hazlin memberitahu salah seorang pengikut Instagram yang memujinya kelihatan comel bertudung bahawa: “Nak jumpa arwah kena comel la..”
Ini sekaligus menunjukkan bahawa kehilangan sahabat yang dikenali sebagai Along nampaknya memberikan hikmah lain buat Hazlin.

Apa pun, Allah Taala sudah menjanjikan hikmah di sebalik setiap ujian yang diberikan kepada hambaNya yang mahu berfikir.
Kami tumpang gembira melihat perubahan ini dan mendoakan semoga Hazlin terus istiqomah. – Mynewshub.my
Sumber: Instagram / Facebook HAZLIN HUSSAIN

View the original article here

No comments:

Post a Comment